My Add

Thursday 8 November 2012

Tidak pernah dengar nama Sosilawati

SHAH ALAM, RABU, 07 November, 2012: Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiada sebab untuk dia membunuh keempat-empat individu itu pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

R. Matan, 22, juga berkata, dia tidak pernah mendengar nama jutawan kosmetik itu dan tiga rakannya sepanjang bekerja di ladang tersebut dan tidak pernah diarahkan oleh mana-mana individu untuk membunuh mereka.

Menjawab soalan peguamnya, Amer Hamzah Arshad ketika pemeriksaan utama, tertuduh berkata, dia hanya mengetahui nama dan wajah keempat-empat individu itu selepas dia ditangkap serta disoal siasat oleh pihak polis.

''Pernah atau tidak N. Pathmanabhan (tertuduh pertama) dan R. Kathavarayan (tertuduh keempat) sebut nama mereka pada kamu,'' soal Amer Hamzah dan Matan menjawab tidak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment