My Add

Sunday 18 November 2012

Tiga rakan maut kereta terbabas rempuh penghadang besi

PEKAN, AHAD, 18 November, 2012: Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 29.5, Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai, di sini awal pagi ini.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 12.45 pagi itu adalah pemandu kereta Proton Wira, Shahrul Azwan Jaafar Shah, 18, dan dua rakannya Mohd Faqih Mohd Nor, 18, dan Hasroy Haniff Hamsah, 17.

Seorang lagi rakan mereka, Mohd Hasri Razali, 19, mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Pekan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment