My Add

Tuesday 27 November 2012

Tingkat kemampuan sistem kehakiman bendung rasuah:  Abdullah Badawi.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Sistem kehakiman negara perlu dihormati dan dipertingkatkan kemampuannya sekiranya negara mahu melihat rasuah dapat dibendung, kata mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membendung masalah korupsi kerana hanya sistem kehakiman saja yang mempunyai keupayaan yang tinggi menangani masalah ini.

"Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang besar dalam menangani isu rasuah...sekiranya sistem kehakiman dapat dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan hukuman) mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup forum "Menghapuskan Rasuah: Dimanakah Kejayaan Kita?" Anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), di sini, hari ini.

Abdullah berkata, melalui undang-undang yang diluluskan sebelum ini ia perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang menyeluruh supaya mereka yang terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, sistem tadbir urus kehakiman perlu sentiasa diperbaiki dan ditambah baik supaya ia sentiasa dipandang tinggi sebagai badan berintegriti. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment