My Add

Tuesday 6 November 2012

TNB laksanakan projek salur bekalan ke pulau

 JASIN, ISNIN, 05 November, 2012: Melaka menjadi perintis bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan projek bekalan elektrik merentasi laut menggunakan kaedah Sesalur Atas Voltan Tinggi 33 kilovolt (kV).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Azman Mohd. berkata, projek itu melibatkan kerjasama antara TNB dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dalam melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Ke Pulau Besar bernilai RM30 juta.

Projek itu katanya, antara lain akan melibatkan 11 menara elektrik voltan tinggi sejauh enam kilometer dari Pantai Siring ke Pulau Besar.

"Ini merupakan projek pertama bagi TNB yang melibatkan penyaluran elektrik merentasi laut ke pulau melalui menara yang memakan masa pembinaan selama tiga tahun," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment