My Add

Tuesday 27 November 2012

TPM terima resolusi PPPM UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima resolusi meja bulat mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Kedah baru-baru ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menerima resolusi itu daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO negeri, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini.

Ahmad Bashah memberitahu pemberita kemudian resolusi itu antara lain menyentuh beberapa isu kritikal berkaitan pendidikan di negeri berkenaan, termasuk guru serta memenuhi keperluan sekolah terutamanya di luar bandar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment