My Add

Thursday 8 November 2012

Transaksi e-perolehan RM15 bilion tahun ini

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
 KOTA KINABALU, RABU, 07 November, 2012: Jumlah transaksi perolehan elektronik (e-perolehan) pada tahun ini dijangka meningkat kepada RM15 bilion berbanding RM14.2 bilion pada tahun lalu.
Pengarah Projek e-Perolehan, Unit e-Perolehan Kementerian Kewangan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, sehingga Oktober tahun ini transaksi e-perolehan sebanyak RM11.2 bilion yang direkodkan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan Persekutuan.
"Kita melihat sambutan dan kesedaran daripada pembekal terhadap pentingnya sistem ini amat baik dari semasa ke semasa.
"Kita juga akan terus melakukan pelbagai program bagi memberi pendedahan kepada pembekal termasuk di luar bandar mengenai sistem ini selain menyediakan khidmat latihan kepada pembekal berdaftar di pusat-pusat e-perolehan," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis rumah terbuka Pusat e-Perolehan Kota Kinabalu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment