My Add

Tuesday 27 November 2012

Tuduhan bahasa Cina diabai tidak berasas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Perkembangan berterusan bahasa Cina dalam institusi pendidikan negara selama ini membuktikan dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya kerajaan mengabaikan bahasa ibunda kaum itu, adalah tidak berasas.

Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, dakwaan itu hanya menggambarkan sikap negatif Dong Zong terhadap usaha pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, tindakan menuduh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mahu merosakkan bahasa dan sistem pendidikan sekolah Cina tanpa sebarang bukti adalah tidak wajar.

"Selama ini kita tidak nampak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk membantut perkembangan pendidikan sekolah Cina dan bahasa Cina sendiri, jad - UTUSAN

No comments:

Post a Comment