My Add

Tuesday 20 November 2012

Tujuh rumah musnah terbakar

NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 2012: Kira-kira 30 penduduk setinggan di Kampung Sikma, Sentul di sini hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah di perkampungan tersebut malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.07 malam itu, kesemua rumah setinggan terlibat hangus, namun tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Haikal Jimi Ngali Abdullah berkata, enam jentera bersama 30 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.15 malam

Beliau berkata, kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

“Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment