My Add

Tuesday 27 November 2012

UMNO Kedah serah 12 resolusi pendidikan kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Dua belas 12 resolusi pendidikan daripada Biro Perhubungan UMNO Kedah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Pengerusi Pendidikan UMNO Kedah, Datuk Abdul Aziz Syeikh Fazil, berkata resolusi berkenaan bertujuan mengangkat negeri Kedah kekal sebagai negeri pertanian tetapi mampu juga bergerak sebagai negeri industri dengan tenaga mahir tempatan.

Beliau berkata, antara resolusi yang diketengahkan adalah supaya Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terdapat di Kedah dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti guru di semua sekolah di negeri itu.

"Selain itu, kami juga berharap proses pembentukan tenaga mahir di Kedah dapat disesuaikan dengan pasaran kerja supaya migrasi anak Kedah dapat dibendung bagi memastikan proses urbanisasi di Kedah dapat bergerak.

"Kami juga menyambut baik tindakan Kementerian Pelajaran dalam soal menyeimbangkan kemudahan sekolah luar bandar dan bandar," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan resolusi berkenaan.

Justeru, katanya penggunaan teknologi, peningkatan infrustruktur asas dan peningkatan guru mahir sangat penting dalam melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri - BH.

No comments:

Post a Comment