My Add

Friday 9 November 2012

Unimas hasilkan panel penyerap bunyi hampas sagu

*ZINAB Ngaini (kiri) menunjukkan panel penyerap bunyi yang kalis api yang diperbuat daripada hampas sagu di Kota Samarahan, Kuching, semalam.

KUCHING, KHAMIS, 08 November, 2012: Hampas sagu yang sebelum ini dibuang begitu sahaja telah dimanfaatkan tiga penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk menghasilkan panel penyerap bunyi kalis api.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Prof. Madya Dr. Zainab Ngaini berkata, panel ciptaan mereka itu sesuai dijadikan bahan alternatif melapisi dinding dewan, bilik atau studio muzik.

"Panel ini juga mempunyai struktur berongga yang tidak larut dalam cecair. Panel ini akan kering dengan cepat apabila terkena air tanpa meninggalkan bau busuk. Panel itu juga 51 peratus lebih ringan berbanding mana-mana panel penyerap bunyi lain yang ada di pasaran" katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment