My Add

Monday 19 November 2012

UPSR: Calon dapat semua A menurun

PUTRAJAYA, ISNIN, 19 November, 2012: Gred Purata Nasional (GPN) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.01 mata iaitu 2.31 berbanding 2.30 pada tahun lepas.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C iaitu tidak termasuk semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, meningat sebanyak 1.49 peratus daripada 55.45 peratus pada tahun lepas kepada 56.94 peratus pada tahun ini.

"Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang yang mendapat semua A, menurun sebanyak 0.54 peratus iaitu daripada 9.48 peratus pada 2011 kepada 8.94 peratus pada 2012," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment