My Add

Tuesday 27 November 2012

Usaha terdesak Anwar rayu campur tangan kuasa asing

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia campur tangan dalam pilihan raya umum akan datang adalah usaha terdesak menuduh kerajaan melakukan penyelewengan bagi mendapatkan kuasa memerintah.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan itu dibuat ekoran sokongan rakyat terhadap pembangkang yang semakin terjejas disebabkan pelbagai masalah dan isu yang sedang dihadapi mereka.

Menurut beliau, tindakan Anwar itu juga tidak menggambarkan hakikat sebenar yang mana jika kerajaan memanipulasi keputusan pilihan raya, pembangkang tidak mungkin dapat menguasai empat buah negeri dalam pilihan raya umum lalu.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari semasa ke semasa juga sentiasa menambah baik sistem mereka. Tuntutan pembangkang yang dirasai ada kelemahan telah dilihat dan dikaji serta dilaksanakan SPR," katanya ketika dihubungi di sini hari  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment