My Add

Tuesday 6 November 2012

Usahawan cacing didakwa tawar saham tanpa kebenaran

KUANTAN, SELASA, 06 November, 2012: Seorang usahawan cacing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan kepentingan skim pajakan cacing tanpa kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Syarikat 1965.

Nazri Mamat, 38, dari Kampung Pandan 1, dekat sini didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan kepada orang awam membeli kepentingan skim pajakan cacing tanpa surat ikatan yang sah daripada SSM di antara 8 Mei 2008 hingga 22 April 2009 di premis miliknya, Syarikat Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd di Lot A 4722, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Pandan 1, Kuantan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94(1)(a) akta sama yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember sebagai tarikh bicara kes berkenaan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SSM, Lidia Fyrulliza Ishak.

Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment