My Add

Wednesday 7 November 2012

Usul perhimpunan agung UMNO berkisar transformasi parti

PUTRAJAYA, RABU, 07 November, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usul yang akan dibentang pada perhimpunan agung UMNO akhir bulan ini berkisar kepada transformasi yang dilakukan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya usul juga meliputi perkara yang perlu dilakukan parti agar rakyat terus menerima UMNO selain memastikan parti relevan mengikut zaman.

"Ini satu perkara yang kita harap dapat diketengahkan dalam perhimpunan kali ini dan dapat diterima baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Luar Australia Bob Carr, di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau ditugaskan meneliti usul-usul terbabit dan sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi tujuan itu.

Pada masa sama, Hishammuddin mahu anggota Umno menunjukkan kesatuan dan kesungguhan dalam memastikan kelangsungan parti dalam kepimpinan negara pada perhimpunan agung itu.

Ini penting kerana perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 dijadualkan selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment