My Add

Tuesday 27 November 2012

Vietnam tak iktiraf pasport China

*SEORANG lelaki warga China berjalan di hadapan papan tanda mengumumkan penggunaan pasport baharu China yang dikeluarkan pada Mei lalu di pejabat pengeluaran pasport di Beijing, China pada 23 November lalu. Filipina turut membantah pasport baharu China itu yang mamaparkan peta pulau-pulau di Laut China Selatan yang dituntut oleh China. - AGENSI

HANOI, ISNIN, 26 November, 2012: Pihak berkuasa Vietnam dilaporkan enggan mengiktiraf pasport baharu China yang memaparkan peta pulau-pulau di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh beberapa buah negara, termasuk Malaysia.

Vietnam sebaliknya mengeluarkan visa menggunakan sekeping kertas secara berasingan daripada pasport itu.

Ketua pemerintah pasukan pengawal sempadan Vietnam di wilayah utara Quang Ninh yang bersempadan dengan China berkata, pengawal sempadan telah diarah mengeluarkan visa khas kepada rakyat China yang mempunyai dokumen baharu tersebut.

Pihak berkuasa Vietnam bimbang tindakan memberikan cop kepada pasport baharu China itu secara tidak langsung memberi pengiktirafan kerajaan terhadap tuntutan Beijing ke atas wilayah yang menjadi pertikaian dalam kalangan beberapa buah negara.

Filipina turut membantah pasport baharu China itu yang menggabungkan kebanyakan kawasan di Laut China Selatan sebagai wilayahnya.

China pada Khamis lalu, mula mengeluarkan pasport baharu mengandungi peta yang menandakan kawasan maritim di Laut China Selatan sebagai kawasan jajahannya yang turut dituntut oleh negara-negara jiran. - AGENSI

No comments:

Post a Comment