My Add

Sunday 18 November 2012

Wakil desak pertahan hudud

*SEBAHAGIAN daripada perwakilan Pas yang hadir pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Seorang perwakilan hari ini secara berkias 'menasihati' pimpinan Pas agar mengambil tindakan tegas kepada pemimpin parti itu yang juga ilmuwan Islam kerana menganggap hukum hudud sebagai tidak kondusif dan belum sesuai dilaksanakan di negara ini.

Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Zahari Arif berkata, kenyataan-kenyataan yang bercanggah itu menyebabkan isu hudud terus dipolemikkan termasuk tentangan tegar daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau dalam ucapannya memberi contoh bagaimana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih Terengganu, Peter James Butler yang digantung daripada aktiviti bola sepak kerana mengeluarkan kenyataan mendahului pimpinan tertinggi badan induk bola sepak negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment