My Add

Thursday 8 November 2012

Warga kota bayar saman RM6.6j kesalahan lampu isyarat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 Novmber, 2012: Warga kota di Lembah Klang sanggup membazirkan wang mereka berjumlah RM6.6 juta hanya kerana sikap tidak sabar menunggu di lampu isyarat.

Sikap mereka itu menyebabkan Polis Kuala Lumpur mengeluarkan 22,054 saman untuk tempoh Januari hingga September tahun ini kerana kesalahan melanggar lampu isyarat.

Untuk setiap kesalahan lampu isyarat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, setiap pesalah trafik dikenakan denda RM300.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, untuk tempoh sama tahun lepas, sebanyak 35,185 saman dikeluarkan bagi kesalahan melanggar lampu isyarat menjadikan jumlah saman RM10.55 juta.

"Ramai pemandu menganggap remeh terhadap menghormati lampu isyarat namun hakikatnya ia menjamin keselamatan pemandu dan melancarkan laluan trafik di ibu negara agar jalan raya tidak sesak sepanjang masa," katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment