My Add

Monday 5 November 2012

WIF-KL 2012 wadah pemangkin inovasi: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) yang berlangsung hari ini hingga 7 November mampu menyemarakkan dan menjadi wadah kepada pemangkin inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, forum yang disertai kira-kira 1,800 wakil dari 50 negara itu bakal membincangkan mengenai inovasi sebagai kunci dalam kemajuan ekonomi terutama di kalangan negara membangun.

"Forum ini memberi isyarat bahawa kita memberi perhatian yang khusus dalam mengetengahkan inovasi Malaysia ke peringkat dunia. Dengan sistem 'eye cat' yang dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga dilihat sebagai medium berkesan untuk menyalurkan idea yang ada di peringkat akar umbi ke tahap lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment