My Add

Wednesday 14 November 2012

Xi Jinping dijangka ganti Hu Jintao sebagai Presiden Parti Komuni

*Xi Jinping (kanan) dan Li Keqiang berjalan beriringan selepas tamat Kongres Parti Komunis ke-18 di Beijing, hari ini. - Foto AFPBEIJING:

BEIJING, RABU, 14 November, 2012: Parti Komunis China memilih semula calon pemimpin masa depan, Xi Jinping dan Li Keqiang untuk terus berada dalam Jawatankuasa Pusat itu hari ini pada ketika mereka melengkapkan peralihan kuasa terpenting dalam negara kedua terbesar ekonomi dunia dan kuasa besar yang semakin meningkat.

Xi, yang kini naib presiden dijangka dipilih sebagai pemimpin tertinggi baru parti esok menggantikan Presiden Hu Jintao iaitu peralihan kuasa kedua dalam tempoh 63 tahun di bawah pemerintahan komunis.

Xi akan mengambilalih jawatan Hu sebagai ketua negara pada musim bunga akan datang.
Li pula bakal mengisi jawatan Perdana Menteri menggantikan Wen Jiabao untuk menguruskan ekonomi. Kedua-duanya memang disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan pada kongres lima tahun lalu tetapi masih tidak jelas siapa yang dilantik untuk jawatan tertinggi lain. - AP

No comments:

Post a Comment