My Add

Monday 19 November 2012

Zahid tidak terkejut doa Pas

BAGAN DATOH, AHAD, 18 November, 201: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Pas mendoakan agar Allah SWT menghancurkan.

Katanya, sememangnya telah menjadi amalan Pas sering mendoakan yang tidak baik untuk kehancuran BN.

"Mereka memang selalu melakukan solat hajat dan meminta BN dihancurkan. Kita memang telah tahu tentang itu, namun janganlah bertindak keterlaluan sehingga menyamakan UMNO dan BN seperti Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab.

"Kita berserah pada Allah SWT bentuk tindakan terhadap doa yang tidak baik ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai doa Pas yang mahu UMNO dan BN dihancurkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas menghadiri jamuan Deepavali di rumah Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh, R. Supramaniam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment