My Add

Monday 5 November 2012

Zambry ceriakan penduduk Manong

KUALA KANGSAR, AHAD, 04 November, 2012: Program turun padang Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir di sekitar Manong hari ini membawa khabar gembira kepada rakyat apabila pelbagai peruntukan yang keseluruhannya bernilai hampir RM1 juta diumumkan sepanjang lawatan beliau.

Zambry yang memulakan lawatannya dengan bersarapan pagi di gerai makan Kampung Talang Hulu, mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi pembinaan Surau Al-Karimiah selain RM48,000 lagi untuk surau di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Padang Kerbau.

Beliau yang meneruskan lawatan dengan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Kampung Baru Jerlun menceriakan penduduk di situ apabila meluluskan peruntukan RM600,000 bagi pembinaan jalan menghubungkan Talang ke Jerlun.

Zambry turut mengumumkan peruntukan RM45,000 bagi membaik pulih 15 rumah serta RM20,000 lagi bagi pembelian komputer serta kemudahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jerlun serta meluluskan permohonan tanah perkuburan di kawasan berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment