My Add

Saturday 10 November 2012

Zulfahmi ”Pelumba Paling Meningkat 2012”

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Pelumba tunggal negara dalam kategori Moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, dinamakan sebagai pemenang anugerah ”Pelumba Paling Meningkat 2012” dalam kategori tersebut.

Pemilihan untuk anugerah tersebut dilakukan oleh laman rasmi Kejuaraan MotoGP Dunia, www.motogp.com., menerusi program pemilihan ”After the Flag” setiap tahun.

"Saya memang sangat berbangga untuk menerima anugerah ini. Ia adalah satu pengiktirafan besar atas usaha saya tahun ini dan ia pasti akan mendorong saya untuk bekerja lebih gigih dalam mencapai matlamat untuk menjadi pelumba utama bertaraf dunia.

"Anugerah ini juga akan pasti meningkatkan keyakinan saya untuk musim depan,” kata pelumba pasukan AirASia-SIC-Ajo Racing seperti dipetik dalam laman rasmi Sepang International Circuit (SIC), www.malaysiangp.com.my.

Pelumba berusia 21 tahun, yang berasal dari Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor, menceburi dunia MotoGP sebagai pelumba ”wildcard” dalam acara 125cc pada MotoGP Grand Prix Malaysia pada 2009. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment