My Add

Wednesday 19 December 2012

10 komuniti indie sertai Pop Fest di UiTM Shah Alam Sabtu, Ahad ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Sepuluh komuniti indie yang bergerak dalam bidang seni, keusahawanan dan kemanusiaan akan berkumpul bagi mengadakan acara Pop Fest 2 yang menampilkan pelbagai aktiviti khas bagi golongan muda pada Sabtu dan Ahad ini bertempat di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dekat sini.

Wakil Sekretariat Pop Fest, Anizah Mehboob Shah berkata, komuniti indie yang mengambil bahagian adalah Bundle Klik, LIfeLine4Gaza, Sindiket Soljah, Nusa Centre, Crescent Collective, Urban Village, Nasyeed.Com. Sahabat, Safiya dan Laskar4Life.

"Mereka ini akan tampil dengan pelbagai aktiviti seperti mengendalikan gerai-gerai jualan pelbagai produk dan persembahan kesenian serta mengutip dana untuk membantu penduduk Gaza.

"Berbeza dengan Pop Fest 1 yang diadakan November lalu, Pop Fest 2 akan tampil dengan tema Selamatkan Gaza bagi meraih dana untuk penduduk Gaza dan meningkatkan kesedaran awam mengenai isu Palestin. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment