My Add

Wednesday 5 December 2012

100 terkorban angkara Taufan Bhopa di Filipina

MANILA, RABU, 05 Disember, 2012: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan angka kematian akibat Taufan Bhopa yang membadai selatan negara ini semalam meningkat melebihi 100 orang, manakala berpuluh-puluh lagi dikhuatiri hilang termasuk sembilan anggota tentera.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ariel Bernardo berkata, sebanyak 43 maut apabila air deras mengalir dari kawasan pergunungan membanjiri pekan New Bataan di wilayah Compostela Valley, sekali gus menenggelamkan sekolah dan dewan orang ramai yang menjadi kawasan penempatan sementara.

Sementara itu, sebanyak 51 lagi mangsa terkorban, kebanyakannya akibat banjir berdekatan Davao Oriental, manakala dua lelaki terkorban apabila bot yang mereka naiki karam berdekatan pulau Siquijor. - AFP

No comments:

Post a Comment