My Add

Monday 10 December 2012

1,000 pelajar berkumpul untuk menentang rasuah di Bangkok

BANGKOK, ISNIN, 10 Disember, 2012: Lebih daripada 1,000 pelajar universiti tempatan di sini berhimpun untuk membantah kegiatan rasuah kerajaan dan berjanji untuk tidak mengambil bahagian dalam rasuah yang merebak dalam masyarakat di negara ini.

Para pelajar yang merupakan penuntut dari kira-kira 90 buah universiti di Thailand itu menyertai perhimpunan tersebut di Pusat Seni dan Kebudayaan Bangkok yang bertepatan dengan Hari Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Program Pencegahan Rasuah.

Menurut Presiden Belia Pencegahan Rasuah, Sayuti Salam pihaknya berjanji untuk menolak rasuah dan meminta orang ramai bersama-sama memberi sokongan dalam menentang kegiatan rasuah. - AFP

No comments:

Post a Comment