My Add

Friday 7 December 2012

11 kem PLKN ditutup sejak 2004 kerana pelbagai kesalahan  

KUANTAN, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Sebanyak 11 kem yang mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditutup sejak PLKN diperkenal pada 2004, atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha kem terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tindakan itu bagi memberi ingatan kepada pengusaha lain agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan JLKN dalam mengendalikan kem dan pelatih.

"Ia juga sebagai mesej kepada pengusaha kem bahawa JLKN tegas dan tidak sesekali berkompromi dalam isu keselamatan dan kebajikan para pelatih yang mengikuti latihan PLKN di seluruh negara.

"Kita juga mahu menunjukkan kepada masyarakat, khususnya ibu bapa para pelatih bahawa keselamatan anak-anak mereka di kem-kem latihan sentiasa diutamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Komandan Kem PLKN 2012 di Cherating, dekat sini hari ini.

Katanya, dua daripada kem yang ditutup adalah di Pahang iaitu di Rompin dan Bentong, manakala kes terbaharu ialah di Kuala Kangsar, Perak selepas kem berkenaan didapati melanggar terma dan syarat yang ditetapkan JLKN. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment