My Add

Friday 7 December 2012

120 sukarelawan Malaysia tiba di Gaza, bawa bantuan RM1.8 juta

SEMENANJUNG GAZA, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Misi Persaudaraan Aman Palestin (AP) 2012 yang disertai 120 sukarelawan tiba di sini pada Khamis bagi menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia bernilai RM1.8 juta.

Misi yang dianggotai golongan profesional, artis, atlet dan penuntut itu memasuki Gaza pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (11.40 malam waktu Malaysia) selepas menaiki bas selama enam jam dari Kaherah melalui Terusan Suez, Ismailliya, bandar Sinai dan Arish.

Ketua Pegawai Eksekutif AP Awang Suffian Awang Piut berkata perjalanan jauh itu berbaloi kerana mereka membawa pelbagai bentuk sumbangan termasuk ubat-ubatan serta pembiayaan mikro, iaitu mekanisme untuk membantu penduduk Gaza membina semula kehidupan mereka.

"Kami membawa ubat-ubatan bernilai RM120,000 serta bantuan berjumlah RM315,000 untuk keluarga miskin dan RM300,000 bagi anak yatim di Gaza. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi," katanya di Rafah.

Katanya, sebanyak RM900,000 diperuntuk di bawah program pembiayaan mikro bagi membantu petani dan nelayan membina semula perniagaan mereka yang terjejas teruk dalam serangan terkini Israel. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment