My Add

Friday 14 December 2012

12,376 peminjam bayar penuh

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

*AGOS Cholan (tiga dari kanan) mendengar penerangan Pengarang Prosesan Kanan Utusan Malaysia, Marzuki Yusoff (kiri) ketika pegawai PTPTN mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, semalam. Turut sama Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Rosmanizam Abdullah (tengah, duduk).


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sebanyak 12,376 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuat bayaran balik sepenuhnya berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan dalam Bajet 2013 bagi tempoh antara 1 Oktober hingga 30 November lalu.

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, pembayaran balik itu melibatkan jumlah sebanyak RM39.2 juta iaitu peningkatan memberangsangkan berbanding hanya 2,962 peminjam dengan jumlah RM15 juta sepanjang tempoh sebulan tawaran diskaun itu diperkenalkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment