My Add

Sunday 9 December 2012

13 maut pertempuran di utara Mexico

PIEDRAS NEGRAS (Mexico), AHAD, 09 Disember, 2012: Lelaki bersenjata bertindak mengamuk di sekitar bandar di negeri sempadan utara Chihuahua, membunuh sekurang-kurangnya enam orang, termasuk kanak-kanak.

Pendakwa raya negeri berkata, serangan itu berlaku lewat malam kelmarin di bandar Guadalupe y Calvo.

“Enam mayat ditemui dalam tiga kawasan kejiranan yang berbeza. Sebuah rumah juga dibakar,” katanya.


Di Coahuila, sempadan Mexico, pegawai mengatakan tujuh yang disyaki ahli kumpulan jenayah terbunuh semasa pertempuran dengan pihak tentera, Sabtu lalu. - AP

7 maut dua pesawat kecil bertembung di Jerman

BERLIN: Dua pesawat kecil bertembung di udara, di tengah-tengah ibu kota Jerman, hari ini dan meragut tujuh nyawa susulan kejadian itu.

Anggota polis Friedberg dalam satu kenyataan, berkata kemalangan yang membabitkan pertembungan dua pesawat kecil itu berlaku di bandar kecil Woelfersheim, utara Frankfurt.

Katanya, dalam keadaan gelap kira-kira pada jam 4.15 petang (waktu tempatan), pesawat terbabit berlanggar di padang berdekatan iaitu pada jarak 365 meter antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya lagi, selain tiada maklumat berhubung mangsa yang terbunuh, masih belum dapat disahkan laluan pesawat terbabit dan hala tujunya.
Malah, pihak polis belum dapat mengesahkan punca kemalangan itu. - AP

No comments:

Post a Comment