My Add

Wednesday 12 December 2012

1,420 profesional Malaysia kembali sejak TalentCorp ambil alih program

KUALA LUMPUR , RABU,12 Disember, 2012: Seramai 1,420 orang profesional Malaysia diberi kelulusan kembali ke tanah air sejak Jan 2011 hingga Sept 2012 melalui program "Returning Expert" (REP) yang telah diambil alih TalentCorp sejak Januari 2011, demikian Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany berkata, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding 1,130 orang yang dilulus untuk kembali dalam tempoh 10 tahun dari 2001 hingga 2010.

"TalentCorp dianggap sebagai "one stop centre" termasuk untuk memudahcara kepulangaan profesional Malaysia dari luar negara melalui program REP berbanding yang diuruskan enam organisasi sebelum ini.

"Ini satu perkembangan baik apabila seramai 680 orang diberi kelulusan kembali pada 2011, meningkat kepada 740 orang sehingga September 2012," katanya pada persidangan Dewan Negara, ketika menjawab soalan Senator Datuk Boon Som A/L Inong berkenaan jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan usaha menarik mereka kembali berkhidmat di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment