My Add

Friday 21 December 2012

15 perakuan tingkat penyertaan pelajar sains

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Kerajaan akan melaksanakan 15 daripada 61 perakuan yang dikemukakan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara perakuan yang akan dilaksanakan termasuk penambahan pengecualian cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil bidang sains dan teknologi di sekolah menengah (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) dan pra-universiti iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000.

Perakuan lain yang akan dilaksanakan adalah penambahan bilangan waktu mengajar untuk semua matapelajaran sains tulen daripada empat waktu kepada lima waktu seminggu.

Selain itu, 40 peratus murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan disalurkan ke aliran sains secara automatik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan memberi keutamaan untuk murid aliran sains dan teknologi mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Bagi memastikan murid-murid belajar dalam keadaan kondusif kerajaan akan membaik pulih dan menaik taraf makmal sedia ada di sekolah rendah dan menengah," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran buku laporan berkenaan di Petrosains, KLCC di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment