My Add

Monday 17 December 2012

1,661 kes denggi dilaporkan di Perak sejak Jan

IPOH, ISNIN, 17 Diseember, 2012: Sebanyak 1,661 kes wabak denggi dicatatkan di negeri ini dari 1 Januari hingga kini dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kes wabak denggi dicatatkan pada tahun lepas sebanyak 1,411, 2010 (2,288), 2009 (2,732)dan 2008 sebanyak 4,256 kes.

"Berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri, kes wabak denggi di negeri mencatatkan penurunan selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009, 2010 dan 2011,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Nadzri Ismail (BN-Manjoi) pada persidangan dewan undangan negeri hari ini.

Katanya, walaupun kes denggi pada tahun ini meningkat, tetapi ia masih di bawah 40 peratus jika dibandingkan dengan 2008.

Beliau berkata, wabak denggi berjaya dikawal hasil kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan serta penglibatan agensi lain dan penduduk setempat. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment