My Add

Friday 7 December 2012

178 pengusaha ladang terima SALM, SOM

BANGI, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Sebanyak 178 pengusaha ladang di seluruh negara menerima sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM) bagi tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemberian sijil itu adalah merupakan satu pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha ladang yang melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB).

"Sijil SALM diberikan kepada pengusaha ladang yang menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional manakala SOM melibatkan perladangan organik.

"Tujuan pemberian sijil ini untuk mengiktiraf pengusaha ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar serta menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan," katanya dalam majlis penyampaian sijil SALM dan SOM bagi tahun 2012 di , Bangi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment