My Add

Wednesday 19 December 2012

1,838 dapat semua A di Wilayah Persekutuan

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Seramai 1,838 daripada 23,530 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat A dalam semua mata pelajaran bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu, Kuala Lumpur, Ismail Musa berkata, secara keseluruhan pencapaian calon dari segi Gred Purata Negeri dalam 17 mata pelajaran adalah lebih baik berbanding dengan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.60 berbanding 2.71 mata.

Katanya, walaupun Gred Purata Negeri merosot sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, pencapaian calon yang menguasai gred A, B. C dan D meningkat sebanyak 0.13 peratus.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan PMR 2012 bagi Wilayah Persekutuan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment