My Add

Thursday 13 December 2012

1M4U memacu Malaysia jadi hab contoh kerja sukarelawan - Najib

PUTRAJAYA, RABU, 12 Disember, 2012: 1Malaysia for Youth (1M4U) akan memacu Malaysia menjadi hab dan negara contoh dalam kerja sukarelawan kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dengan visi dan aspirasi murni telah menubuhkan 1M4U sebagai sebuah badan dan platform untuk menggalakkan serta memacu aktiviti berbentuk kesukarelaaan dalam kalangan belia dan generasi muda Malaysia.

Najib yang juga Pengerusi 1M4U berkata, kerajaan akan menggalakkan gerakan kesukarelawan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dalam kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Nasional 2013.

“1M4U juga akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada bulan Februari bagi mengumpulkan semua sukarelawan yang aktif di Malaysia untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda Malaysia," katanya pada majlis perjumpaan dengan 10 finalis pertandingan "My Uni Rocks" di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment