My Add

Saturday 8 December 2012

20 hari melacur mampu raih RM30,000

Oleh ANGELINA SINYANG
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 201: Mereka hidup papa kedana di kampung halaman tetapi dengan hanya menggunakan pas lawatan sosial, seorang wanita warga asing mampu memberi kemewahan kepada keluarga apabila membawa pulang RM20,000 dalam tempoh hanya 20 hari melacurkan diri di negara ini.

Pendapatan lumayan diraih itu menyebabkan ramai wanita dari China, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar, India, Uzbekistan, Bangladesh, Kemboja, Laos, Afrika Selatan, Nigeria, Mongolia dan Maghribi sanggup datang ke negara ini untuk melacur.

Menggunakan pas lawatan sosial yang membolehkan mereka tinggal selama 40 hari di Malaysia, wanita terbabit yang kononnya datang untuk melancong, ligat mencari pelanggan di kawasan tumpuan orang ramai terutama Bukit Bintang di ibu negara.

Dalam sehari, seorang pelacur mampu melayan sekurang-kurangnya 10 pelanggan dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 bagi perkhidmatan seks, - UTUSAN

No comments:

Post a Comment