My Add

Thursday 6 December 2012

200 banduan bolos dari penjara Libya

TRIPOLI, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Kira-kira 200 banduan Libya dilaporkan membolosi penjara negara itu di Sabha, sebuah pekan di selatan namun puncanya masih tidak jelas, lapor pegawai kerajaan hari ini.

“Seramai 197 banduan berjaya melarikan diri dari penjara Sabha semalam," kata seorang pegawai keselamatan kepada AFP.

“Polis Keadilan yang mengawal penjara berkenaan membantu banduan untuk meloloskan diri. Kebanyakan mereka adalah penjenayah biasa," kata satu sumber yang juga bekas pemberontak Libya pada Revolusi 2011 lalu.

Sementara itu, wakil rakyat Sabha, Suad Ganun, mengesahkan mengenai kejadian itu bahawa 250 banduan melarikan diri dan menyalahkan pihak berkuasa berikutan kawalan keselamatan yang lemah di penjara berkenaan. - AFP 

No comments:

Post a Comment