My Add

Monday 17 December 2012

200,000 kunjungi ekspo makanan terbesar

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 Disember, 2012: Ekspo makanan terbesar, Taste Fully Food & Beverage Expo 2012 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, berjaya menarik lebih 200,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Pengarah Urusan Lanceford Exhibitions (M) Sdn. Bhd., Grace Liew berkata, berbanding penganjuran kali pertama tahun lalu, ekspo kali ini lebih meriah dan menerima sambutan yang menggalakkan sama ada daripada pengunjung, peniaga mahupun pempamer.

"Maklum balas yang diterima sangat memberansangkan, malah para peniaga terutama dari luar negara yang turut menyertai ekspo kali ini menganggapnya sebagai peluang untuk meluaskan pasaran serta memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat tempatan.

"Sehubungan itu, kami akan meneruskan penganjuran ekspo ini pada tahun hadapan dengan menambah jumlah peniaga dan pempamer,'' katanya ketika ditemui di ekspo berkenaan hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment