My Add

Sunday 16 December 2012

26 terbunuh di AS dalam tembakan rambang di sekolah

*FOTO dari udara menunjukkan pihak berkuasa AS dan penduduk 
setempat memenuhi kawasan sekitar Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown,
 Connecticut, AS.
NEWTOWN, Connecticut, SABTU, 15 Disember, 2012: Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang dan membunuh 20 orang kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah di sini pada Jumaat, sekali gus menjadi antara insiden tembakan paling buruk dalam sejarah AS.

Jurucakap Polis Negeri Connecticut, Leftenan Paul Vance memberitahu seramai 18 orang murid ditembak mati di Sekolah Rendah Sandy Hook dan dua orang lagi mangsa meninggal di hospital akibat cedera parah. Media AS melaporkan guru besar sekolah itu, Dawn Lafferty Hochsprun turut terbunuh.

Suspek dikatakan membunuh ibunya di rumah mereka sebelum melakukan serangan. Pembunuh yang dikenal pasti sebagai Adam Lanza, 20, kemudian membunuh diri.

Motif serangan masih belum diketahui dan abang suspek, Ryan Lanza berusia 24 tahun kini berada dalam tahanan polis dan sedang disoal siasat. Adam yang merupakan seorang pelajar pintar dan pendiam didakwa mengalami gangguan personaliti. Dia juga tidak mempunyai rekod jenayah.

Sebaik sahaja berita tembakan itu tersebar, ibu bapa yang panik memenuhi kawasan sekolah, ketika mangsa yang berlumuran darah dibawa keluar dari bangunan sekolah.

Insiden berlaku sekitar pukul 9.30 pagi di dalam dua buah kelas. Mangsa-mangsa berusia antara 5 hingga 10 tahun. Hampir semua mangsa mengalami kecederaan serius yang menunjukkan suspek mahir menggunakan senjata api. Tambah Vance, hanya seorang mangsa yang terselamat.

Lanza dikatakan membawa empat pucuk senjata api dan memakai baju kalis peluru. Dua pucuk pistol jenis Glock dan Sig Sauer dan selaras raifel .223 kaliber Bushmaster kemudian dijumpai di dalam kawasan sekolah manakala satu lagi senjata api ditemui di luar sekolah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment