My Add

Saturday 15 December 2012

27 termasuk 20 kanak-kanak mati ditembak

NEWTOWN, Connecticut, SABTU, 15 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya 27 orang termasuk 20 kanak-kanak mati selepas seorang lelaki berumur 20 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di sini semalam.

Lelaki yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa sebagai Adam Lanza melepaskan tembakan di dalam kelas di Sekolah Rendah Sandy Hook yang dihadiri oleh kanak-kanak berumur dari lima hingga 10 tahun.

Pihak berkuasa menemukan 18 mayat kanak-kanak dan tujuh orang dewasa termasuk Lanza di sekolah tersebut manakala dua kanak-kanak lagi diisytiharkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. - REUTERS

No comments:

Post a Comment