My Add

Saturday 22 December 2012

30 NGO berhimpun buktikan tiada kekecohan

SUNGAI PETANI, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa tiada sebarang rusuhan berlaku di kawasan Sungai Petani seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Antara NGO tersebut adalah Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia; Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa); Alumni Kelab Penyokong 1Malaysia Padang Serai; Pertubuhan Kebajikan Sosial Daerah Kuala Muda dan pelbagai NGO yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maran berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan itu bagi menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa tiada kejadian tidak diingini berlaku di daerah ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment