My Add

Wednesday 12 December 2012

3,011 lagi ibu tunggal saman Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM, RABU, 12 Disember, 2012: Sebanyak 3,011 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM16.3 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Hulu Langat, Zainarini Mohd. Sidek di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.40 pagi ini.

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP sebagai defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment