My Add

Monday 10 December 2012

33 keluarga di Melaka ditawar rumah RM45,000

MELAKA,ISNIN, 10 Disember, 2012: Kerajaan negeri Melaka menawarkan rumah berharga RM45,000 seunit kepada 33 keluarga yang terlibat dalam pengambilalihan tanah seluas 1.2 hektar membabitkan pembinaan pangsapuri Padang Jambu, Bukit Baru di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tawaran itu diberikan kepada kesemua keluarga berkenaan yang merupakan penduduk asal tapak projek yang mula menjalani pecah tanah pada Februari tahun lepas.

Beliau berkata mereka ditawarkan 33 rumah di aras bawah dan satu daripada 157 unit rumah pangsapuri Padang Jambu yang siap dibina pada pertengahan tahun ini.

"Baki rumah tersebut iaitu 124 unit akan ditawarkan kepada orang awam dengan harga dari RM61,000 hingga RM67,000 mengikut tingkat," katanya pada majlis penyerahan kunci pangsapuri kepada 33 keluarga berkenaan di sini.

Beliau berkata projek melibatkan pembinaan satu blok pangsapuri lima tingkat dan satu blok rumah pangsa dengan jumlah unit rumah sebanyak 157 itu merupakan usahasama kerajaan negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dengan Syarikat Permatang Property Sdn. Bhd.

Katanya projek yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, dewan serbaguna dan 181 parkir kereta itu memperoleh sijil layak menduduki (CFO) pada 10 Oktober lepas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment