My Add

Friday 14 December 2012

4 warga asing ditahan, 2.7kg syabu dirampas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Polis Kuala Lumpur menumpaskan dua kumpulan pengedaran dadah melibatkan empat warga asing serta merampas 2.7 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM282,000 dalam dua serbuan berasingan pada Ahad dan semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Supt Adnan
Azizon berkata dalam serbuan pertama, Ahad lepas, polis menahan dua lelaki
Pakistan dan merampas 1.7kg dadah jenis syabu bernilai RM170,000 di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah di sini pada kira-kira jam 9 malam.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 28 tahun itu memasuki negara secara pada
2008 dan bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian di sini, katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Adnan berkata dalam serbuan kedua pada jam 6 petang semalam, polis menahan dua pelajar lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun dan merampas syabu seberat satu kilogram bernilai RM112,000 di sebuah hotel bajet di Cheras, di sini.

"Kedua-dua suspek merupakan pelajar di sebuah institut bahasa, dan siasatan
akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek hanya berdaftar sebagai
pelajar bagi melindungi kegiatan mereka atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada dua kumpulan
itu ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment