My Add

Wednesday 5 December 2012

43 maut Taufan Bopha badai Filipina


 *FOTO pergerakan Taufan Bopha yang melanda Filipina diambil
Komander Kevin Ford dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
 (ISS), semalam. -
Foto
AFPMANILA, RABU, 05 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya 43 penduduk dan tentera mati lemas selepas hujan lebat akibat Taufan Bopha melanda kawasan pergunungan yang menyebabkan beberapa trak tentera serta van kecemasan terbalik di selatan Filipina, hari ini.

Angka korban terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 74 orang dalam bencana ribut kuat yang melanda Filipina, tahun ini.

Gabenor negeri, Arturo Uy, berkata hujan lebat susulan Taufa Bopha yang membawa pusaran angin ke atas kawasan pergunungan yang kemudiannya mengakibatkan banjir besar di perkampungan Andap di Bandar Baru Bataan, wilayah Lembah Compostela.

Mangsa terdiri daripada penduduk kampung keluar menyelamatkan diri dari rumah ke sekolah dan dewan orang ramai yang kemudiannya dilanda banjir kilat.

Uy berkata trak yang membawa anggota tentera dan penduduk turut dibawa arus deras.

“Mereka menyangka bahawa mereka sudah selamat tapi tidak tahu air besar melanda laluan mereka,” katanya kepada stesen radio tempatan, DZBB. - AFP

No comments:

Post a Comment