My Add

Wednesday 19 December 2012

436 permohonan Skim Rumah Pertamaku diluluskan

KUALA LUPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Sejumlah 436 permohonan Skim Rumah Pertamaku diluluskan dengan nilai pinjaman berjumlah RM66.5 juta sehingga akhir Oktober lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, daripada jumlah itu sebanyak 337 pinjaman berjaya mendapat jaminan dengan nilai pinjaman berjumlah RM50.1 juta dan bakinya masih dalam proses mendapat jaminan.

"Peminjam yang berjaya mendapat jaminan terdiri daripada pelbagai kaum yang mana kaum Cina seramai 175 orang (52.5 peratus), Melayu 116 orang (34 peratus) dan India 38 orang (11.1 peratus)," katanya menjawab soalan Senator Datuk S.Nallakaruppan di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment