My Add

Saturday 22 December 2012

5 pelajar Mara wakili negara ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2013

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghantar lima pelajarnya mewakili negara dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) yang akan berlangsung di Leipzig, Jerman pada 1 hingga 7 Julai tahun hadapan.

Kesemua peserta itu dipilih berdasarkan kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, dalam beberapa bidang kemahiran termasuk lukisan kejuruteraan mekanikal (CADD), pengimpalan dan reka bentuk fesyen.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Datuk Abd. Rahim Abd. Ghani berkata, persediaan awal setiap peserta terlibat dalam pertandingan itu akan bermula dari sekarang.

Katanya, pelbagai faktor akan diambil kira dalam memastikan wakil negara mencatat kejayaan cemerlang termasuk kursus persediaan bahasa Jerman dan latihan intensif. -U TUSAN

No comments:

Post a Comment