My Add

Wednesday 19 December 2012

500 berhimpun desak atasi isu air

Oleh YATIMIN ABDULLAH

 *AZIZUDIN Abdul Aziz (tengah, depan) dan penduduk Mukim Telekong bersama 
MTRK Kawasan Machang berkumpul secara aman mendesak kerajaan Pas 
Kelantan menyelesaikan masalah air di kawasan tersebut di Kuala Krai, 
Kelantan, semalam.

KUALA KRAI, SELASA, 18 Disember, 2012: Kira-kira 500 penduduk mukim Telekong bersama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Kawasan Machang hari ini berkumpul dan membantah secara aman bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan masalah air di kawasan tersebut secepat mungkin.

Penduduk mendakwa mereka hidup menderita sejak dua tahun lalu kerana bekalan air bersih yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di kawasan tersebut sering kali terputus dan terganggu disebabkan tekanan rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Telekong, Abdullah Bakar, 50, berkata, masalah gangguan bekalan air itu melibatkan lebih 2,000 penduduk di tujuh buah kampung di mukim berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment