My Add

Tuesday, 25 December 2012

6 kanak-kanak melecur ketika sambut Hari Krismas

McKINNEY (Texas), SELASA, 25 Disember, 2012: Enam kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital Dallas selepas unggun api yang dibakar di rumah mereka bagi sambutan Hari Krismas tiba-tiba meletup, kata pegawai bomba tempatan.

Dua kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, dalam keadaan serius dan seorang lagi mengalami kesan lecur.

Jurucakap Balai Bomba McKinney, Stacie Durham, berkata seorang kanak-kanak meletakkan petrol pada unggun api kemudian meninggalkan tin bahan cecair berkenaan berdekatan dengan unggun api itu.

Sejurus kemudian, unggun api menjadi marak dan tiba-tiba meletup, menyebabkan enam kanak-kanak yang berada berdekatan unggun api turut disambar. - Agensi

No comments:

Post a Comment