My Add

Saturday 8 December 2012

60 pegawai bomba Selangor dinaikkan pangkat mengikut gred

*OTHMAN Abdullah memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai sewaktu majlis pemakaian pangkat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 07 Diseember, 2012: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memberi pengiktirafan kepada 60 pegawainya dengan memberi kenaikan pangkat mengikut gred masing-masing berkuat kuasa 3 Disember lalu.

Gred tertinggi yang diberi pengiktirafan ialah seorang Penguasa Kanan Bomba KB48, Penolong Kanan Penguasa Bomba KB32 (8), Penolong Penguasa Bomba KB29 (6), Pegawai Bomba Tertinggi KB26 (3), Pegawai Bomba Kanan KB24 (10) dan Pegawai Bomba Kanan II KB22 (32).

Majlis pemakaian kenaikan pangkat itu disempurnakan oleh Pengarah Bomba Selangor, Othman Abdullah.

Menurut Othman, kenaikan pangkat kali ini melibatkan ramai pegawai di Selangor berbanding sebelum ini dan kesemua mereka yang menerima kenaikan pangkat terbabit telah melaporkan diri dan memulakan tugas sejak Isnin lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment